Penolong ketua kampung maut ditembak di Yala

15/02/2021 10:29 PM

YALA (Selatan Thailand), 15 Feb — Seorang penolong ketua kampung yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut ditembak dari jarak dekat oleh lelaki tidak dikenali di Bannang Sata, Yala hari ini.

Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Bannang Sata Kapt. Pol. Wirasak Wowandecha berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari (waktu tempatan) tadi, mangsa yang berusia 47 tahun itu sedang menunggang motosikal bersama rakannya dari Pekan Bannang Sata untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bannang Kuwae.



“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa ditembak dari jarak dekat oleh seorang penunggang motosikal.

“Mangsa yang terkena dua das tembakan di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya yang berusia 24 tahun cedera dan digegaskan ke hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah sepucuk pistol milik mangsa turut dilarikan suspek.

Wirasak berkata polis sedang menyiasat motif sebenar kes tembak itu.



Maut ditembak biras selepas bertengkar ketika mabuk

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button