Penasihat Keselamatan AS, UK bincang situasi Afghanistan, Myanmar
Pemandangan sebelah utara Bangunan Rumah Putih di Washington D.C. (Gambar rasmi Rumah Putih oleh Joyce N. Boghosian)
18/02/2021 01:59 PM
WASHINGTON, 18 Feb — Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) Jake Sullivan dan rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK), Stephen Lovegrove, telah membincangkan keadaan di Afghanistan dan Myanmar, serta isu-isu berkaitan China dan Iran, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Rumah Putih.
Perdana Menteri UK Boris Johnson pada Jumaat akan mengadakan sidang kemuncak maya pemimpin G7, yang turut disertai Presiden AS Joe Biden.
“Penasihat Keselamatan Negara Jake Sullivan hari ini adakan perbincangan melalui telefon berbincang dengan Stephen Lovegrove, Penasihat Keselamatan Perdana Menteri UK.
“Sullivan menzahirkan sokongannya kepada UK sebagai Presiden G7 dan mengalu-alukan sidang kemuncak pemimpin maya akhir minggu ini. Mereka sepakat perlunya penyelarasan berterusan mengenai keutamaan dasar luar bersama, termasuk Afghanistan, Burma (Myanmar), China, dan Iran,” kata Rumah Putih dalam satu kenyataan pada Rabu malam.
Insiden penggodaman, Penasihat Keselamatan AS singkatkan lawatan