“TEGUR CARA BAIK… SAYA KURANG SETUJU CIKGU DIGANTIKAN DENGAN PELAKON” – WANI KAYRIE

“Bagi saya sendiri tak boleh macam itu (tegur secara terbuka) sebab tak semua orang itu ada kemahiran sama macam kita ada. Kalau dia pandai (bertutur dalam bahasa Inggeris) itu bonus. Macam saya sendiri pun fasih bercakap dalam bahasa Inggeris ketika baharu melangkah masuk Tingkatan Lima.

“Kalau pandai cakap bahasa Inggeris sepatutnya tegur dengan cara yang lebih baik, bukan dengan cara menyindir,” kata penyanyi Wani Kayrie ketika diminta mengulas tentang isu hangat mengenai teguran selebriti terhadap individu yang kurang mahir berucap dalam bahasa Inggeris.

Wani yang kini berada dalam tahun pertama pengajian Ijazah Undang-Undang dan Perdagangan, di Management & Science University (MSU), Shah Alam, itu memberitahu, dia kurang bersetuju dengan pendekatan untuk menegur seseorang itu secara terbuka.



Sementara itu, Wani turut menzahirkan perasaan hormatnya terhadap tenaga pengajar yang mencurah ilmu di saluran DidikTV biarpun ada segelintir netizen yang memperlekehkan cara penyampaian guru-guru terbabit.

Image_2.jpg

“Cikgu-cikgu yang dijemput mengajar di DidikTV semuanya merupakan guru cemerlang. Saya kurang bersetuju apabila ada netizen bagi cadangan agar tempat cikgu itu digantikan dengan pelakon.

“Saya tahu tidak semua guru ada kemahiran bercakap depan kamera, tapi masing-masing memang mahir dalam subjek yang mereka ajar. Saya percaya input itu akan sampai juga kepada murid-murid,” ujarnya.



Sementara itu, tahap penguasaan bahasa Inggeris Wani yang kini bergelar hos saluran tv pendidikan, DidikTV, menerima pujian ramai apabila dia berjaya mengendalikan program Road To Success SPM 2020 dengan baik.

Image_3.jpg

Selain Wani, DidikTV Road To Success SPM 2020 turut dihoskan secara bergilir-gilir oleh Sissy Imann, Afieq Shazwan dan Akhmal Nazri.

Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 21, berkata walaupun dia sedikit gementar mengendalikan rancangan tersebut namun akhirnya berasa lega apabila penampilannya itu menerima komen positif daripada netizen.



“Saya nervous nak handle program itu sebab selalunya saya hanya bercakap bahasa Inggeris ketika meeting atau urusan kerja sahaja. Kalau muncul di stesen televisyen pula selalu guna bahasa Melayu.. Alhamdulillah, ramai yang nampak saya boleh bawakan rancangan itu dengan baik.

“Waktu dulu saya tidaklah begitu mahir bercakap bahasa Inggeris, selalunya broken English. Tapi lama-lama apabila saya berlatih bercakap, ia jadi improve dan dah makin mahir untuk bertutur dalam bahasa Inggeris,” tuturnya.

Image_4.jpg

BILA ADIBAH NOOR TAWAR DIRI MENGAJAR DI DIDIKTV, BAHASA INGGERIS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button