ANAK GADIS DATUK RAMLI MS SELAMAT BERNIKAH
“TAHNIAH @nadiahramli dan taufik. Semoga rumahtangga yang dibina berbahagia hingga syurga Allah swt… TQ so much @jennthompson2811. Seronok sebab dapat join sama-sama buat persiapan yang ringkas tapi bermakna 😁😁😁. Tahniah juga sebab dapat menantu 🥰. Alhamdulillah….
“Buat @najeeramli juga tahniah dapat adik ipar 😄. Lepas ni tunggu Najie plak 😁. Terima kasih @tokram_ramlims. Untuk pengalaman yang cukup mahal dan bermakna hari ini. Thank you ALLAH 🤲,” demikian tulis penyanyi Datin Alyah apabila anak gadis kepada suaminya, maestro muzik iaitu Datuk Ramli MS selamat bernikah dengan pilihan hatinya.
Majlis serba ringkas tersebut telah pun berlangsung hari ini dikediamannya. Berkongsi momen indah, Alyah ada memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis anak tirinya, Nadiah Ramli bersama pasangannya yang dikenali sebagai Taufik
Sambil menzahirkan rasa teruja kerana majlis berjalan sempurna, penyanyi ‘Meluruh’ ini turut merakamkan ucapan terima kasih buat ibu Nadiah, Jennifer Thompson.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut memberikan ucapan tahniah buat pasangan serta tumpang gembira terhadap berita yang dikongsikan.
Harris Alif, Intan Ladyana selamat bernikah, tangguh dulu tiga majlis resepsi