122 ANGGOTA DIKERAH OLEH JAIS BURU SAJAT

“JAIS mendapat waran tangkap ke atas Sajjad petang semalam, jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita untuk mencari Sajjad di seluruh Selangor,” demikianlah kata pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Difahamkan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengerahkan kira-kira 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkap usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Datuk Shahzihan berkata tindakan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam petang semalam. Ia susulan kegagalan Sajat menghadiri prosiding kes berpakaian wanita Selasa lalu.



Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat itu atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berpakaian seperti wanita. Sajat didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

JAWAB DAKWAAN – JAIS SAH SIASAT SAJAT



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button