Bas bawa pesakit COVID-19 terbabas rempuh plaza tol


Kredit: FB Info Roadblock JPJ/POLIS

27/02/2021 07:44 PM

KUALA LUMPUR, 27 Feb — Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS 2.0 dengan membawa pesakit COVID-19 terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang petang tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira 3 petang, bas yang membawa 40 pesakit dari Perak itu dipercayai terbabas sebelum merempuh pondok plaza tol terbabit mengakibatkan lapan penumpang mengalami cedera ringan.



Difahamkan bas itu membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata kemalangan itu membabitkan sebuah daripada 10 bas yang membawa pesakit COVID-19 ke PKRC berkenaan hari ini.

“Lapan yang cedera ringan dibawa ke MAEPS dan ditempatkan di wad pemerhatian manakala pemandu bas berkenaan yang turut cedera ringan dirawat di Hospital Serdang,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Kejadian itu tular di media sosial hari ini yang menunjukkan sebuah bas terbabas dan melanggar plaza tol serta beberapa keping gambar keadaan bas terbabit yang rosak di bahagian hadapan.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintenden Azman Shari’at ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan masih dijalankan.

Eyka makin popular di Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button