SEKITAR MATERNITY PHOTOSHOOT – AIN EDRUCE KINI HAMIL 7 BULAN
“Betul lah orang kata best moments happen when they are unplanned. Alhamdulillah. 7 months dah. Thank you semua yang mendoakan. Having a loving husband is a blessed. Yang korang nmpk yang happy je.. yang emo2 mirul je tahan. Hahaha. Love you daddy.
“Thank you @fillea_studio sbb sudi amik gamba kiteorg. Tunang pun dia, sampai mengandung pun dia,” tulis pelakon dan pengacara Ain Edruce yang memuat naik beberapa foto sekitar sesi maternity photoshoot yang dirakam bersama suami, Amirul Hafiz Mustaffa, 28, di laman Instagram.
Menerusi perkongsian foto bermakna hasil bidikan lensa Fillea Studio itu, bintang berusia 29 tahun itu turut menyatakan usia kehamilannya kini susah pun memasuki bulan ketujuh.
Ain dan suami kelihatan romantis sambil mengenakan persalinan putih sedondon. Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat turut menitipkan ucapan istimewa buat pasangan terbabit. Untuk makluman, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2019.
Klik untuk gambar besar