[VIDEO] NIKAH MAC, TEKA TARIKH – RISTEENA TERHARU ISA TEMANNYA BERJAM-JAM BUAT RAMBUT

 

“Counting days to be your wife @theisakhan. Sweetnya tunggu buat rambut for hours. Takde pergi mana-mana pun. Duduk diam je kat situ. Nanti lepas kahwin pun please macam ni okey!

“Cuba teka date wedding ktorang. Kalau sapa betul, nak invite datang lah nanti! Cepat teka! Hehe. Hint – MARCH,” demikianlah tulis pelakon Risteena Munim menerusi laman Instagram telah memberi bayangan akan menamatkan zaman bujang dengan kekasih hatinya, pelakon Isa Khan pada bulan Mac ini namun tidak mendedahkan tarikh bila sebalik menyuruhkan pengikutnya meneka.

Risteena memuat naik video dirinya bersama Isa di sebuah salon rambut. Risteena meluahkan rasa terharu kerana bakal suaminya itu sanggup menemaninya berjam-jam ketika membuat rambut di salon tersebut. Risteena juga berharap Isa akan tetap setia menantinya mendandan rambut walaupun sudah bergelar suami isteri nanti.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Perkongsian kakak kepada pelakon Ruhainies itu telah menarik perhatian dimana rata-rata netizen meneka tarikh perkahwinan pasangan itu apabila Risteena memberi ‘hint’ bahawa mereka akan perkahwin bulan Mac ini. Malah, ramai mendoakan agar perjalanan pasangan itu untuk bergelar pasangan suami isteri tidak lama lagi akan dipermudahkan.

Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, ketika ditanya berhubung perkara ini memberitahu, persiapan hari bahagia bersama Isa, 28, hampir siap sepenuhnya. Risteena mengaku mahu mempercepatkan perkara baik itu.

“Ibarat menunggu hari… Saya boleh maklumkan, majlis akan berlangsung pertengahan bulan ini. Tarikh tepat kami akan kongsi sedikit masa lagi. Cuma, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Dalam mahu menghalalkan hubungan, dunia diuji pandemik COVID-19 sejak setahun lalu. Ini di luar kawalan kita… Apa yang saya harapkan, majlis perkahwinan kami dipermudahkan,” katanya.

Image_3.jpg

Risteena yang mengikat tali pertunangan dengan Isa pada 23 November 2019 selepas lima bulan berkenalan itu berkata, setakat ini, hanya persiapan majlis nikah diutamakan.

“Majlis resepsi belum dirancang kerana tidak tahu situasi penularan COVID-19, sama ada boleh mengundang ramai tetamu atau sebaliknya,” jelasnya.

Risteena dan Isa berkenalan ketika menerajui drama ‘Bulan Di Kota Langit’ yang sedang disiarkan TV Okey. Sebelum ini, pasangan ini merancang bernikah pada 20 November lalu. Namun, majlis yang mahu diadakan sehari selepas sambutan hari jadi Risteena ke-30, terpaksa ditunda berikutan COVID-19.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply