SEAKAN ‘BABY BUMP’ – PEMINAT SPEKULASI SITI SARAH SEDANG HAMIL
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menerusi laman Instagram telah memuat naik video terbaru dimana dia dan suaminya, Shuib Sepahtu bersama anak-anak ke sebuah cawangan Bubble Bee bagi merasai perisa terbaru minuman keluaran kedai minuman tersebut.
Namun begitu, perkongsian video tersebut telah menjadi perhatian ramai apabila peminat membuat spekulasi penyanyi lagu ‘Semakin’ itu sedang hamil.
Ini kerana dalam video itu, Sarah yang mengenakan busana berwarna ‘peach’ seolah kelihatan ‘baby bump’ sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.
Malah, di ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Sarah meskipun tiada pengesahan daripada tuan badan sendiri mengenai spekulasi tersebut.
Terdahulu, Sarah menafikan bahawa dirinya hamil sebaliknya mengalami perubahan fizikal yang kelihatan semakin berisi.
Untuk makluman, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2017. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata Uwais Alarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
LAGI ‘BABY BUMP’ DIDAKWA SEMAKIN JELAS – SITI NURHALIZA HAMIL ADIK AAFIYAH?