BERBAIK DENGAN SUAMI – INDIVIDU KURANG SENANG, GANGGU KELUARGA PUTERI SARAH
“Selamat pagi stalker, mesti hari-hari awak ingat saya kan? So sweet, setiap hari awak intip saya, tahu aktiviti saya, okay stalk la. Instagram saya tak private pun, maaf saya terlalu sibuk dengan keluarga, dengan kerja, dengan perniagaan. Saya tak ada masa untuk buat benda lain tak macam awak.
“Sampai terpaksa buat akaun palsu untuk kacau saya. Dah 2021 dear, terimalah kalau buat jahat Allah takkan izinkan awak menang, Allah tak tidur. Memang tak tenang ya tengok dah berbaik?
“Lepas tu kacau kakak ipar saya, kacau kawan-kawan saya, kacau stokis (perniagaan) saya. Malah ibu mentua pun awak menggila kacau. Nak kena report polis lagi ke awak ni? Tolong jaga maruah tu sikit. Tolong pergi berubat, teruk sangat dah awak ni.
“Kalau awak rasa tak tenang, selalulah tahajud dan solat taubat. InsyaAllah rasa berdosa yang menebal dalam diri tu akan terhapus sedikit demi sedikit. Hidup pun tenang. Tak adalah rasa insecure 24 jam.
Klik untuk gambar besar
“Good luck dear,” ujar pelakon Puteri Sarah Liyana, 35, yang baru-baru ini menerusi Instastory miliknya telah meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan seorang individu yang berterusan menganggunya dan keluarga di laman sosial.
Isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu berkata individu berkenaan sanggup mencipta akaun palsu semata-mata ingin mengintip aktiviti harian mereka seolah-olah tidak puas hati melihat dia dan suami berbaik semula.
Dia bagaimanapun tidak menyatakan siapakah individu yang melakukan tindakan tidak bermoral itu. Bukan dia sahaja yang diganggu, Sarah memberitahu ahli keluarga dan rakan-rakannya turut menerima nasib yang sama. Justeru itu, dia meminta individu berkenaan muhasabah diri dan mendekatkan diri dengan Tuhan.
Menerusi laporan sebuah portal pada awal Januari lalu, Sarah mendedahkan dia mendapat banyak komen dan mesej peribadi (DM) daripada individu tidak dikenali dengan menggunakan akaun berbeza.
Sarah berkata dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu yang melakukan provokasi dan memanipulasi isu masalah rumah tangganya dengan suami.
Dalam laporan sama, Sarah mengakui terkilan apabila masalah rumah tangganya terus diganggu pihak tidak bertanggungjawab dan dimanipulasikan.