Bekas Ahli Bidas Pemimpin Pas Hilang Arah [Video]
Mantan Pas Bidas Pemimpin Pas Yang Hilang Arah & Maksud Parti
Bekas pelakon Zul Yahya hari ini meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap kepimpinan Pas yang disifatkannya sebagai pemimpin yang gila kuasa.
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=K_fSx_3q8rk[/embedyt]Dalam satu video secara langsung dua hari lepas beliau mengakui tidak lagi berminat menjadi ahli Pas memandangkan parti itu sudah hilang matlamatnya yang sebenar.
“Aku dulu undi Pas lah…siap ada kad ahli pas …hari ni tidak. Bendera Pas ada lagi.
“Daripada bujang lagi aku sokong Pas tapi bila Pas dah berpecah belah aku dah nampak dah…habis”
“Inilah kehidupan kita hari ini diperbodoh-bodohkan dengan hasutan daripada pemimpin-pemimpin yang gila kuasa,” – Zul Yahya
Katanya ketika itu, pemuda Pas melakukan kerja-kerja seperti itu langsung tidak mendapat upah tetapi mengorbankan pula duit untuk Pas.
“Pemuda Pas buat kerja bukan dapat upah tapi korban duit dengan Pas.
“Pelik lah dapat kuasa hilang tujuan yang sebenar. Minta maaflah agak emosi.
“Mereka bagi kita seringgit mereka sapu seribu …nampak mcm baik,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian untuk menyedarkan orang ramai dalam masa yang sama sampaikan luahan beliau ini kepada orang politik agar mereka sedar akan kebangkitan rakyat kelak.
“Sampaikan kepada orang politik supaya sedar balik kebangkitan rakyat ni lain mcm…,” tegas beliau.
Parti Amanah Kota Raja Bidas Kenyataan Nik Abduh