MENANGIS KETIKA SWAB TEST, DITENANGKAN ISA – RISTEENA NAFI DIRINYA MENGADA-GADA
“Hei, I bukan mengada-ngada lah. Memang takut pun. Alhamdulillah selesai dengan swab test dan keputusan negatif. Sebenarnya, tak ada la sakit sangat, tapi sebab terlalu takut, jadi fikiran dah tetapkan sakit.
“Bila dapat tahu, untuk akad nikah ini kena buat swab test dulu, terus terketar-ketar. Tapi tak dapat lari. Nak kahwin kan. I did it,” tulis pelakon Risteena Munim pada kapsyen video dirinya melakukan ujian calitan Covid-19.
Perkongsian video bakal pengantin itu telah menarik perhatian netizen di laman Instagram miliknya. Menerusi video tersebut, Risteena atau nama penuhnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas tidak dapat menahan air mata kerana terlalu takut untuk melakukan ujian tersebut.
Klik untuk gambar besar
Risteena yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan aktor Isa Khan pada Jumaat ini (12.3.21) melahirkan rasa syukur apabila hasil keputusannya negatif.
Video yang berdurasi tidak sampai satu minit itu juga kedengaran suara Isa yang berada di sisi sedang memujuknya: “Dongak sayang… relax bahu sayang. Tutup mata dan relaks… Bismillahirrahmanirrahim. Very quite, few seconds saja,” pujuk Isa.
Rata-rata netizen turut memahami perasaan kakak kepada pelakon Ruhainies itu yang takut untuk melakukan ujian calitan atau swab test.
Difahamkan, akad nikah Risteena dan Isa bakal berlangsung pada sebelah pagi Jumaat manakala majlis resepsi pasangan itu akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama, di sebuah dewan, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Risteena dan Isa memberitahu mereka terpaksa menunda pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 20 November tahun lalu berikutan pandemik Covid-19.
Pasangan itu mengumumkan berita pertunangan mereka di majlis sambutan ulang tahun kelahiran Risteena di Bora Ombak, Putrajaya pada 6 Disember 2019.