Berani betulkan kesilapan, Ahmad Zahid puji Dr Adham

KUALA LUMPUR, 20 April — Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba sebagai individu berjiwa besar

Jelas Ahmad Zahid, sikap ditonjolkan menteri berkenaan yang berani mengakui kesilapan adalah suatu yang harus dipuji.

“Berjiwa besar. Bersedia buat pencerahan,” kata Ahmad Zahid di Twitter, semalam.

Sebelum ini, Dr Adham dikritik banyak pihak selepas mengaku telah mengadakan perbincangan bersama 500 negara berhubung situasi Covid-19.



Beliau membuat pendedahan itu sewaktu melakukan perbualan video bersama Ahmad Zahid, tempoh hari.

Bagaimanapun, Dr Adham mengakui ia merupakan satu kesilapan dan tersalah sebut ketika memberi penerangan kepada Ahmad Zahid.

Jelasnya, perbincangan bukan melibatkan 500 negara sebaliknya adalah 500 wakil negara.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading