Setahun koma akibat kemalangan, gadis doakan rakan baik sembuh

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR, 20 April — Seorang gadis meluahkan rasa rindu terhadap rakan baiknya yang setahun terlantar koma dan berharap dapat menjalani hidup seperti biasa.

Gadis dikenali Iman berkata rakannya, Nur Aishah Balqis Bazlan sebelum terlibat dalam kemalangan, seorang yang ceria dan gemarkan aiskrim.

“17 April, genap setahun awak koma. Nur Aishah Balqis Bazlan, saya rindu awak.

“Iman selalu doakan Aishah sihat macam dulu dan kita boleh pergi McDonald’s beli McFlurry kegemaran kamu,” catat Iman di Twitter, memohon warga maya turut sama mendoakan kesihatan Aishah.

 

Iman turut memuat naik foto keadaan Aishah yang sehingga kini diulang siar lebih 8,000 kali dan mendapat lebih 18,000 tanda ‘suka’.

Rata-rata warga maya di ruangan komen mendoakan agar Aishah kembali sihat seperti biasa dan Iman agar tabah berdepan ujian hidup.

Leave a Reply

%d bloggers like this: