NASH AKUI SUDAH LAMA SERTAI TABLIGH: “TIDAK PERLULAH TULAR…”

Baru-baru ini, tersebar di media sosial foto penyanyi Datuk Nash bersama jemaah tabligh hingga mencetuskan pelbagai spekulasi kurang enak dalam kalangan netizen.

Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elias berkata dia tidak selesa apabila foto tersebut tular. Jelas Nash, penyertaan dalam kumpulan tabligh bukanlah perkara baharu, malah dirinya mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mendedahkannya kepada masyarakat.

“Bagi saya, tidak perlulah tular foto berkenaan kerana saya sudah lama menyertai kumpulan tabligh sekitar empat hingga lima tahun lalu. Lagipun, saya tidak mahu cerita ini disebarkan kerana enggan menimbulkan rasa ujub atau riak dalam diri disebabkan berasakan diri lebih baik dari orang lain apabila kisah ini disensasikan.



“Perkara seperti ini tidak perlulah publisiti ataupun diperbesar-besarkan. Ia juga bukan sesuatu yang baharu kerana kebanyakan lagu yang saya nyanyikan berunsurkan ketuhanan seperti Ku Dihalaman Rindu, Seruan dan banyak lagi ketika masih bersama kumpulan Lefthanded lagi,” katanya.

Walaupun semakin aktif dalam kegiatan keagamaan, namun, bekas vokalis kumpulan Lefthanded itu berkata, ia bukanlah penghalang untuknya meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

“Perubahan ini bukanlah satu penghijrahan atau berkait dengannya, tetapi ia adalah satu tanggungjawab sebagai umat Islam. Tidak salah kita meneruskan kerjaya dalam bidang muzik, asalkan ia tidak memberi kemudaratan kepada peminat. Saya masih boleh berdakwah sambil menghibur,” jelas penyanyi berusia 61 tahun ini.

Mengulas kemunculan single ‘Sesuci Ramadan’, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Pada Syurga Di Wajahmu’ itu berkata, niatnya hanyalah untuk memeriahkan sambutan Ramadan.



“Lagipun, kita tidak ada banyak karya berkonsepkan Ramadan. Sepatutnya, single ini dibuat sebulan sebelum bulan puasa, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, ia lewat dirakamkan.

“Justeru, saya perlu menggunakan tempoh sebulan ini untuk mempromosikan single Sesuci Ramadan. Saya juga berharap single ini mampu menjadi malar segar dan terus diputarkan pada tahun akan datang,” ujar Nash optimis.

“TAK PERLULAH PEDAJAL ORANG…” – DIANA DANIELLE KESAL PEMBELI ‘HILANG’ LEPAS COD BARANG



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button