Resepi Mudah Rendang Ayam ‘Pencen’ Untuk Hidangan

Resepi Mudah Rendang Ayam ‘Pencen’ Nismilan

Resepi mudah membuat rendang ayam ‘pencen’ ala Negeri Sembilan amat senang diikuti.

Rendang Ayam Pencen

Bahan – bahan



  • Ayam Pencen – 2 ekor
  • Cili Api – RM 3 (jika suka pedas tambah cili api)
  • Kunyit Hidup – 3 inci
  • Serai – 6 batang
  • Santan Pekat – 1 kilo
  • Garam & Gula
  • Asam Keping
  • Daun Puding Belacan

Rendang Ayam Pencen

Cara – cara

  • Ayam potong 16
  • Kisar cili api & kunyit hidup
  • Serai diketuk
  • Masuk semua bahan ke dalam kuali berserta santan & daun puding belacan
  • Masukkan garam & gula secukup rasa
  • Masukkan Asam Keping
  • Kacau sehingga pecah minyak dan ayam empuk
Rendang Ayam Pencen
Rendang Ayam Pencen Siap

Mudah sekali cara memasaknya dan pasti akan disukai semua. Resepi ini juga boleh dihidangkan kepada tetamu di Hari Raya.

Daging Masak Merah Ala Kenduri Kahwin



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button