Daging Masak Merah Ala Kenduri Kahwin

Resepi Daging Masak Merah Ala Kenduri Kahwin

Daging Masak Merah Ala Kenduri Kahwin

Bulan puasa sering menjadi medan surirumah mencari resepi hidangan yang enak dan unik untuk dinikmati keluarga ketika berbuka.

Antara yang menarik perhatian ialah Daging Masak Merah Ala Kenduri Kahwin

Inisiatif pihak kami mendapatkan resepi Daging Masak Merah Ala Kenduri Kahwin ini diperolehi dari kongsian di TikTok.

Resepi untuk 2 kilogram daging

 

Bahan kisar

  • Bawang Besar 4 biji
  • Bawang Putih 8 biji
  • Buah Keras 2 biji
  • Lada Kering 50 gram
  • Halia 4 cm

Bahan lain

  • Serai 3 batang (ketuk)
  • Susu cair 2 tin
  • Minyak sapi 1 tin kecil
  • Marjerin 1 tin kecil
  • Kacang pis 2 tin
  • Rempah penumis – kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
  • Daun ketumbar 1 ikat (akar juga digunakan, cincang kasar)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Tomato puree
  • Gula kabung/ kerek

Cara – cara

  • Rebus daging dengan bayleaf (air rebusan jangan buang)
  • Panaskan minyak sapi & marjerin
  • Tumiskan rempah penumis sehingga naik bau
  • Masukkan serai & daun ketumbar dan akar ketumbar sehingga agak garing
  • Masukkan bahan yang dikisar
  • Tumis sehingga garing
  • Masukkan tomato puree, sos tomato & sos cili
  • Masukkan gula kabung/kerek & garam
  • Masukkan daging yang telah direbus dan air rebusan daging
  • Tuang susu cair
  • Biarkan sehingga kuah memekat dan naik warna
  • Masukkan kacang pis & gaul
  • Tutup api
  • Hidangkan

Dikecam guna Bahasa Malaysia, pemuda pertahan video Sugu Pavithra

Resepi ini adalah resepi yang selalu digunakan untuk kenduri kahwin yang diadakan secara gotong royong.

Siapakah Ketua Kartel Yang Ditahan SPRM?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *