Siapakah Ketua Kartel Yang Ditahan SPRM?

Imej Ketua Kartel Projek Tender Kerajaan Masih Misteri

Individu Misteri Ketua Kartel Tender Projek Kerajaan

Semalam SPRM mengesahkan telah menahan Ketua Kartel Tender Projek Kerajaan bernilai lebih RM3.8 billion sejak  2014 dan imej individu berkenaan masih menjadi misteri.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mengesahkan telah menyita kenderaan mewah terdiri daripada kereta, kapal serta 2 buah helikopter selain turut merampas wang tunai sejumlah RM3.5 juta.

Petikan laporan sebuah akhbar

Agak mengejutkan apabila didedahkan bagaimana kartel ini menggajikan individu tertentu sebagai pengarah dalam syarikat yang terbabit sebagai ‘dummy’ untuk mendapatkan tender kerajaan.



Dengan imbuhan bermula RM5,000 hingga RM8,000, mereka yang dilantik hanyalah berperanan sebagai ‘kaldai’ bagi mengaburi modus operandi sebenar.

Petikan laporan sebuah akhbar

Ada desas desus menyatakan beberapa nama agak terkenal dalam dunia penulisan turut tersenarai sebagai pengarah yang terlibat namun tiada kesahihan diperolehi berkaitan nama nama mereka.

Dengan 644 akaun bank yang dibuka menggunakan nama individu berlainan, kartel ini bukanlah satu kartel yang baru.

Petikan laporan sebuah akhbar

Cara mengendalikan projek, rundingan serta mendapat maklumat tender menunjukkan mereka profesional dalam hal memperolehi tender.



Pasti kontraktor kontraktor yang berkelayakan banyak terlepas peluang sepanjang sindiket kartel ini bermaharajalela sebelum ditahan SPRM.

SPRM juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyalurkan maklumat kepada kartel ini.

Sudah pasti wujud unsur rasuah di kalangan penyalur maklumat dan mereka pula terdiri daripada kakitangan awam yang mahu mencari kemewahan segera.

Dalam hal ini ketegasan SPRM wajar diberikan pujian kerana melaksanakan tugasan.

Zaidy Desak Dedah Kartel Bekal Daging Haram

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker