CEO FGV Letak Jawatan Mei Depan

CEO FGV Letak Jawatan 15 Mei 2021

Datuk Haris Fadzilah
CEO FGV

CEO FGV Datuk Haris Fadzilah Hassan akan meletakkan jawatannya selaku CEO FGV Holding Bhd pada 15 Mei 2021.

Perkara tersebut disahkan oleh The Edge Market dalam laporan mereka semalam.

Menurut laporan tersebut Datuk Haris Fadzillah 53, akan melepaskan jawatan tersebut bagi menerima ‘tawaran lain’.



FGV sebelum ini melantik Datuk Dzulkifli Wahab yang merupakan bekas Pengarah Besar FELDA sebagai Pengerusi FGV yang baru pada 1 April 2021.

Beliau menggantikan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang menerima tawaran lain selepas berkhidmat selama 3 setengah tahun di FGV.

Harris yang menyertai FGV pada Jun 2019 mempunyai 30 tahun pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk minyak & gas.



Siapa akan bakal dilantik sebagai CEO FGV Holding yang baru bagi menggantikan Harris?

Perlu diingatkan untuk melantik CEO yang baru, individu mestilah berkeupayaan mengembalikan kepercayaan peneroka FELDA terhadap FGV.

Dalam hal ini Menteri Ekonomi, Dato Mustapha Mohammad akan menjadi perhatian kerana kesilapan memilih calon baru untuk jawatan CEO FGV boleh merosakkan imej FGV.

FGV AKAN JADI HAK MUTLAK SIAPA SELEPAS SELESAI URUSNIAGA PEMBELIAN SAHAM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading