UMNO Dulu Kini Selamanya Cuba Dibenamkan

UMNO Dulu Kini & Selamanya Cuba Dibenamkan Musuh Politik

Sebagai sebuah parti politik, UMNO tidak terlepas daripada serangan untuk dibenamkan dari arus perdana politik Malaysia.

Pra Sejarah

‘Pembunuhan’ karektor UMNO bukan baru bermula tetapi ianya dimulakan dengan sepucuk surat yang dihantar kepada Tunku Abdul Rahman.

Dalam surat tersebut, karektor UMNO sebagai parti politik mula dipersoalkan oleh ahlinya sendiri. Malah kedudukan Pengerusi (Presiden) UMNO ketika itu turut menerima desakan untuk ditukarkan.



Peralihan kuasa dalam UMNO juga penuh warna warni. Masih kekar dalam sejarah bagaimana Presiden UMNO meletakkan jawatan dengan alasan kesihatan.

Sebagaimana diketahui, peralihan tersebut turut disebabkan tekanan oleh individu rakus yang menulis surat kepada Tunku.

Politiking dalam UMNO semakin dahsyat sehingga menyaksikan pengharaman UMNO dan penubuhan semula selepas diharamkan di Mahkamah.

Bagaimanapun selepas tertubuhnya UMNO (Baru), timbul pula sistem ‘kuku besi’ yang menyebabkan tersungkurnya mereka yang cuba melawan Presiden UMNO.



Namun imej ‘kuku besi’ berjaya dinyahkan dengan penghapusan undi bonus, kuota dalam pemilihan UMNO di semua peringkat. Ia berlaku selepas peletakkan jawatan oleh Presiden UMNO sendiri pada 2003.

Era Baru UMNO & BN

UMNO kekal di tampuk kuasa bersama Barisan Nasional dengan pembahagian kuasa, suara, kedudukan & hak samarata kepada semua kaum menerusi komponen lain.

Ujian paling hebat UMNO terjadi pada 9 Mei 2018 apabila BN kalah dalam PRU14. Cubaan selama 6 dekad pihak lawan telah berjaya meruntuhkan tembok BN.

Sejak itu karektor UMNO & BN cuba dihapuskan dari memori rakyat seolah parti tersebut langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat selama memerintah.

Pelbagai janaan kisah, penceritaan, plot konspirasi dikenakan terhadap pemimpin UMNO & BN. Yang mana tidak cukup ‘masak’ dengan sepak terajang politik memilih beralih haluan.

Karektor yang digelar akar umbi sebagai pengkhianat semakin jelas timbul. Mereka mula menyatakan UMNO, BN tidak lagi relevan kepada rakyat dan berselindung dari sebarang tekanan politik menerusi bebayang parti baru.

Jalan mudah berpolitik mereka – menang dengan undi BN, perah kudrat jentera BN kemudian melompat menyelamatkan diri. Wajarlah apabila digelarkan sebagai ‘Katak Politik’.

22 Bulan & Melompat Lagi

Krisis perebutan kuasa berlaku dalam kepimpinan parti yang membentuk kerajaan pada 9 Mei 2018 membawa kepada kejatuhan kerajaan.

Sheraton Move yang diilhamkan menjadi sandaran pembentukan sebuah kerajaan baru pada Mac 2020. Kali ini mereka yang melompat kali pertama terus melompat buat kali kedua.

Persekitaran selamat dengan jawatan dibekalkan membuat lebih ramai ‘terbuka hati’ menyertai kerajaan yang tidak mempunyai majoriti kuat.

Keselesaan jaminan tiada tekanan politik diteruskan membuat mereka yang melompat mula merencanakan perancangan lebih besar. 

Memastikan UMNO & BN tidak lagi mampu kembali ke Putrajaya mula dirancang dan dijalankan. ‘Pembunuhan’ karektor merupakan asas utama memastikan rencana mengikut perancangan.

Serangan Bermula

Serangan yang dimulakan sebaik BN dikalahkan terus berjalan walau kerajaan berganti atap.

Pada mereka BN mahupun UMNO perlu dihapuskan agar slogan ‘Penyatuan’ yang mereka cipta diterima pakai semua pihak terutama kaum Melayu.

Pemimpin UMNO & BN mula dikenakan tindakan menerusi pelbagai dakwaan. Tekanan demi tekanan dibebankan ke bahu pemimpin UMNO.

Enggan lagi menjadi ‘punching bag’ ketetapan telah diambil UMNO menerusi suara perwakilan dalam Persidangan UMNO 2020.

Reaksi Balas Mengejutkan

Presiden UMNO
Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi

Menyedari reaksi balas yang mengejutkan, tekanan paling hebat perlu dikenakan terhadap UMNO.

Selepas UMNO mengisytiharkan tidak akan berkerjasama dengan PPBM yang merupakan tonggak kerajaan, PAS digunakan sebagai ‘benteng’ penahan.

Kekalutan dalam mencari sokongan membuatkan PPBM terus menggelabah dan mula mencari jalan bagi ‘mengajar’ UMNO.

Lumpuhkan Suara Rakyat

Najib Razak yang menggunakan platform media sosial antara karektor yang perlu dilumpuhkan jika mahu agenda membenam UMNO berjaya.

Kelmarin apabila Najib diberikan notis bangkrap, sebahagian perancangan melumpuhkan UMNO berjaya. Najib sudah berjaya dibenamkan. 

Dinihari tadi agenda membenamkan Zahid dilancarkan. Perbualan telefon Zahid dan Anwar Ibrahim didedahkan kepada umum. Modus mudah digunakan dengan kapsyen Zahid jual UMNO kepada Anwar.

Berbondong pula komentar dan analisa pengkritik politik mula bertebaran. Ada yaang mahu Zahid menjelaskan dan ada pula mempersoalkan kredibilti Presiden UMNO itu.

Nampak macam berjaya perancangan tersebut apabila ramai mula mengeluarkan teori teori penggabungan UMNO & PKR.

‘Kuda Trojan’ Dalam UMNO

Kebanyakannya merujuk kepada kenyataan Annuar Musa yang menyatakan surat sokongan kepada Anwar Ibrahim ditandatangani Presiden UMNO sendiri.

Apatah lagi apabila hubaya hubaya Annuar Musa menggunakan media sosial bagi menyakinkan ramai Zahid menjual UMNO kepada Anwar Ibrahim dan ini bertentangan dengan ketetapan dalam PAU2020.

Jelas sekali serangan terhadap UMNO kali ini mendapat bantuan dari dalam UMNO sendiri. Berapa nilai yang diterima bagi merosakkan kredibiliti UMNO dari dalam?

Jawatan Presiden UMNO Untuk Jadi Hamba Parti Lain?

Memandangkan desakan untuk pemilihan jawatan dalam UMNO sudah berkumandang, ada pendapat merasakan sudah ramai memasang badan untuk bertanding.

Malah jika menjahanamkan UMNO itu sendiri menjadi syarat untuk merampas jawatan Presiden maka mereka akan patuhi asalkan dapat jawatan.

Kini UMNO hanya ada akar umbi untuk mempertahankan UMNO dari serangan luar dan dalam.

Gunakan kebijaksanaan bagi memberi isyarat UMNO bukanlah Hamba kepada mana mana parti politik tetapi ditubuhkan untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Artikel ditulis oleh pemerhati politik – Ahmad Bakhtiar, Kuala Lumpur

Menjelang PAU 2020, Haluan Wajib Dinoktahkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker