Panas Hamid Bador Dedah Campurtangan Menteri PPBM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador mendedahkan campurtangan seorang Menteri PPBM dalam urusan PDRM petang tadi.
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Jy-5PEOGbqs[/embedyt]Pendedahan panas yang dibuat Hamid Bador dibuat menjelang persaraan beliau tidak lama lagi.
Hamid dalam ucapannya mendedahkan bagaimana Menteri tersebut menggunakan pengaruhnya untuk menentukan siapa akan dilantik dalam jawatan tinggi di PDRM.
Sebelum ini Menteri berkenaan telah mengaku satu klip audio yang tular adalah dirinya.
Dalam klip audio tersebut, Menteri berkenaan menekankan kuasa SPP adalah miliknya dan semua pihak dalam PDRM perlu akur.
“sejak awal lagi bila berlaku perubahan kuasa dan beliau dilantik sebagai Menteri KDN, beliau mendesak medapatkan kuasa bagi menentukan siapa yang boleh ditempatkan disana, disini, disitu”
Sekiranya benar dakwaan Ketua Polis Negara maka Perdana Menteri sepatutnya memandang berat perkara ini kerana melibatkan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri tersebut.
Rakyat memerhati segala tindak tanduk kerajaan selepas mengambil-alih pentadbiran daripada Pakatan Harapan pada Mac 2020.
Menteri berkenaan juga perlu tampil menjawap dakwaan Hamid sekiranya merasakan ianya satu bentuk ‘pembunuhan karektor’ oleh Ketua Polis Negara.
Bagaimana kerajaan mahu menjelaskan perkara ini kepada rakyat sedangkan sering melaungkan Perikatan Nasional adalah kerajaan yang bersih dan melawan sebarang unsur rasuah.
Seperti pepatah Inggeris “Better Late Than Never”, dakwaan Hamid Bador ini adalah perkara serius kerana melibatkan intergriti PDRM dan kerajaan.
Jika benar Menteri berkenaan terlibat dalam dakwaan Hamid maka sebaiknya beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan agar tidak timbul prejudis rakyat kepada kerajaan.
Beranikah Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan tegas terhadap Menteri tersebut?
Ketua Polis Negara kunjungi Tun Abdullah, maklum hasil siasatan kes berita palsu