Neelofa Di’Kantoi’kan Tokey Karpet Nilai 3

Neelofa Kantoi Rentas Negeri
Tangkap Layar FB Tokey Karpet Nilai 3

Selebriti kontroversi, Neelofa sekali lagi ‘kantoi’ merentas negeri oleh seorang tokey karpet di Nilai 3.

Neelofa yang sebelum ini dilanda kontroversi apabila menaikmuat foto perkahwinan beliau nampaknya masih mengulanginya walau telah dikompaun.

Kontroversi Neelofa Merentas Negeri

Beliau turut mencetuskan kemarahan rakyat apabila menaikmuat foto bersama suami di Langkawi dibalik larangan merentas negeri yang dilaksanakan oleh kerajaan.



Neelofa
Antara Foto Momen Neelofa dan PU Riz Di Langkawi

Foto Neelofa yang singgah di sebuah kedai karpet di Nilai 3 turut dinaikmuat oleh tokey kedai tersebut di media sosialnya.

Bagaimanapun foto tersebut telah dipadamkan ekoran komen netizen yang mengkritik serta mengecam perbuatan Neelofa.

Kontroversi Neelofa
Penafian Foto Oleh Seorang Individu Yang Mendakwa Sebagai Staff Neelofa

Walau perkara tersebut cuba dinafikan oleh seorang yang mengaku sebagai kakitangan Neelofa, netizen membalas dengan komen yang lebih pedas.

Bagaimana selebriti seperti Neelofa mendapat kebenaran merentas negeri dan bagaimana beliau boleh melepasi sekatan jalanraya pihak berkuasa dengan mudah?



Kontroversi Neelofa
Pertikaian Netizen Berkaitan Kebenaran Rentas Negeri Neelofa

Netizen mempersoalkan tindakan Neelofa dan beranggapan beliau mempunyai ‘kabel kuat’ sehingga boleh melepasi sempadan negeri.

Mungkin sebagai seorang ahli perniagaan, Neelofa mempunyai akses yang membolehkannya merentas negeri dengan kebenaran pihak berkuasa.

“MAKLUMAT PERKAHWINAN, SAYA AKAN KONGSI…” – HUBUNGAN NEELOFA, PU RIZ & KELUARGA MAKIN BAIK

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button