EZUWAN ISMAIL ‘SINDIR’ ALIFF SYUKRI

EZUWAN ISMAIL 'SINDIR' ALIFF SYUKRI

EZUWAN ISMAIL ‘SINDIR’ ALIFF SYUKRI

“Aku rasa suara aku lagi sedap daripada suara ‘Datuk’ tu lah. Better banyak daripada dia.. kot yang pasti suara aku tak perlu auto tune ya.. original dari tekak… Nyanyi live pun sedap.. tapi tahap keyakinan Datuk memang melampaui batas sampai terpelanting penyanyi lain.

“Aku rasa Datuk tu kena sedar diri dan better focus berniaga je lah… sapa setuju kat sini? Apapun lagu raya aku yang pertama ‘Rindu Lebaran’ sentiasa berkumandang di radio setiap kali menjelang Syawal.. harap lagu ini akan menjadi malar segar.



“Begitu jugak lagu raya solo aku ni ‘Lambaian Pagi Syawal’.. Ok la.. aku belanja sikit ya,” itulah kata pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail yang memuat naik satu hantaran berbaur sindiran di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut telah menarik perhatian pengikutnya yang mendakwa Ezuwan menyindir usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang baharu sahaja tampil dengan lagu raya berjudul ‘Lala Raya’. Ezuwan ketika dihubungi, tidak menafikan ‘carutan’ yang diluahkan itu sememangnya ditujukan kepada ahli perniagaan itu.

“Habis itu siapa lagi kalau bukan dia. Saya malas nak letak atau menulis namanya… nanti bagi publisiti percuma dekat dia pula. Tak payah menyanyi guna ‘auto tune’ sangatlah! Saya tahu tahap keyakinan dia sangat tinggi sampai boleh ‘terpelanting’ penyanyi yang sedia ada.

“Saya pernah dikecam kerana menyanyi tidak cukup bagus. Malah, aktres Rozita Che Wan juga pernah ‘carut’ saya menyanyi seperti tercekik sudu. Namun rasanya mutu vokal saya tidaklah seteruk dia… saya siap masuk kelas vokal, pendek kata suara saya lagi bagus berbanding dia.



“Dia banyak mengeluarkan lagu tetapi masih tak ada peningkatan. Lebih baik tak payah menyanyi sebab dah memang tak boleh menyanyi pun. Saya tahu dia banyak duit tapi rasanya cukuplah, lebi baik fokus pada perniagaan dan buatlah perkara viral macam selalu,” ujar Ezuwan.

Tambah Ezuwan yang turut melebarkan bakat dalam dunia nyanyian, dia pernah bertemu dengan Aliff di beberapa majlis tertentu dan tidak menafikan jika mereka mempunyai hubungan baik sebagai rakan.

“Saya mengenalinya dan masing-masing pernah bersua serta bertegur sapa di beberapa acara. Tak salah untuk saya menegur. Sampai bila nak biarkan dia berfantasi buat perkara yang tak perlu seperti menyanyi. Iya, dia berduit dan kaya tapi lebih baik laburkan kepada hal yang menguntungkan.

“Saya pun menyanyi berpaksikan ukur baju di badan sendiri. Setakat berangan biasa-biasa itu, adalah. Jauh sekali nak bertanding di Anugerah Juara Lagu sebab saya seorang yang realistik,” tegasnya.



Dalam perkembangan lain, Ezuwan memberitahu, dia terpaksa menunda pelancaran single raya solonya berjudul ‘Lambaian Pagi Syawal’ atas masalah produksi selain mengambil kira pandemik Covid-19 pada ketika ini. Lagu hasil ciptaan komposer otai S.Atan dan lirik oleh Siso Kopratasa itu dirakamkan pada 10 Mac yang lalu.

Untuk makluman, Ezuwan merupakan anggota kumpulan E1 Band bersama dua lagi ahlinya iaitu Zulyasrani dan Ariff Imran yang ditubuhkan pada 2019.

Dek keterujaannya yang mahu mengeluarkan single raya, Ezuwan sanggup menurunkan berat badan demi mahu tampil selesa apabila mempromosikan karya terbaharunya.



Namun, dia hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan, usahanya itu menurunkan berat badan berhasil tetapi belum diberikan rezeki untuk memperdengarkan single raya kepada semua.


Baca Artikel Berkaitan :


AMBOI SWEETNYA HARRIS ALIF MENYANYI UNTUK ISTERI TERCINTA [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button