UMNO Di Fitnah Untuk Raih Populariti
UMNO menjadi pilihan untuk difitnah beberapa pihak politik bagi meraih populariti agar tidak tenggelam di arus perdana.
Laporan sebuah portal merujuk kepada kes protes anak muda di Johor turut cuba mengaitkan UMNO dan seorang pemimpin UMNO di Johor.
Kapsyen portal yang cuba mengelirukan pembaca dilihat sangat tidak bermoral dan tidak beretika dalam menghidangkan bahan bacaan kepada pembaca.
Apabila membaca secara keseluruhan laporan tersebut, ternyata UMNO tidak mempunyai kaitan dengan kes protes tersebut.
Mengapa laporan mengaitkan UMNO denganĀ kejadian protes anak muda yang membawa kain rentang bertulis #KerajaanGagal?
Adakah portal tersebut dibiayai oleh pihak tertentu bagi merosakkan imej UMNO?
Terbaru, portal yang sama telah melaporkan UMNO sedang berusaha membuat jajaran baru politik.
Kononnya laporan itu berdasarkan kebocoran maklumat dalam sebuah kumpulan Whatsapp yang terdiri daripada Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Bagaimanapun penafian telah dibuat oleh Presiden UMNO serta Naib Presiden UMNO.
Mengapa laporan begitu fokus dengan istilah jajaran baru? Adakah naratif jajaran baru ini memang digusarkan atau ia sengaja dicipta untuk momokan memburukkan UMNO?
Semua sedia maklum UMNO telah mengambil ketetapan dalam Persidangan Agung UMNO 2020 untuk tidak bersama PPBM, DAP dan PKR walau ada beberapa cubaan membina jalan cerita berbeza dengan ketetapan UMNO.
Serangan terhadap UMNO menerusi pelbagai media terutama media ‘online’ dipercayai bagi mengendurkan kemarahan rakyat yang semakin tertekan dengan keadaan semasa.
PKP 3.0 yang dilaksanakan pula dirasakan sudah menjadi beban kepada rakyat.
Usaha kerajaan melaksanakan PKP 3.0 sebenarnya adalah bagi mengekang penularan covid19 serta varian baru.
Bagi menbendung kemarahan rakyat terhadap politik negara yang tidak stabil maka ada pihak yang perlu dijadikan ‘kambing hitam’.
Adakah UMNO dilihat sebagai ‘calon sesuai’ lantas serangan ditalakan kepada UMNO?
Populariti Perikatan Nasional Merudum Teruk