Kasino Genting Masih Beroperasi Walau Diarahkan Tutup
Menurut laporan sebuah portal, Kasino Genting Highlands masih beroperasi walau telah diarahkan menghentikan perniagaannya oleh Menteri Pertahanan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.
Laporan portal – https://m.malaysiakini.com/news/575895
Untuk rekod urusan operasi Kasino berada dibawah Kementerian Kewangan Malaysia & Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Siapa bertanggungjawab untuk memantau operasi Kasino Genting sebenarnya?
Adakah Kasino Genting ‘kebal’ dari menerima arahan Ismail atau ada ‘tangan ghaib’ di belakang operasi Kasino Genting?
Ismail mengarahkan penutupan operasi Kasino Genting serta merta pada Sabtu lepas.
Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 tidak membenarkan sebarang aktiviti rentas daerah & negeri dilakukan jadi bagaimana Kasino Genting masih mampu beroperasi?
Bukan sukar mengesan pergerakan keluar masuk di Kasino terbabit memandangkan setiap premis diwajibkan menggunakan aplikasi MySejahtera.
Tidak Scan MySejahtera Masuk Majlis
Setiap pelanggan yang mahu masuk ke premis perjudian mestilah mengimbas aplikasi MySejahtera serta mengimbas suhu badan.
Seandainya pelanggan atau pemilik premis cuba untuk mengecualikan imbasan MySejahtera maka mereka telah melakukan kesalahan di sisi Undang-Undang.
Tidak Scan MySejahtera Masuk Majlis