Ahli Parlimen UMNO Tidak Perlu Membodek

Oleh – Bakhtiar Omar

Ahli Parlimen UMNO tidak perlu membodek YAB Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob untuk melobi sebarang jawatan dalam kerajaan.



Walaupun hanya sekadar foto dan alasan mahu membantu YAB PM dalam lawatan ke Kedah, penerimaan mesej kepada rakyat berbeza.

‘Lebih Sudu Dari Kuah’

Pemerhatian rakyat dan netizen mengenai cara segelintir Ahli Parlimen UMNO yang adakala ‘lebih sudu dari kuah’ agak menjengkelkan.

Sepertinya terlalu ‘kehausan kuasa dan jawatan’, mereka sanggup ke Kedah untuk bersama PM.

Teruja bergambar dalam pesawat kerajaan dan bangga berkongsi gambar di akaun media sosial.



Bukankah itu seperti mahu menyatakan bahawa mereka telah ada ‘fix deposit’ bila dilihat bersama di dalam lawatan sulung Ismail Sabri selaku Perdana Menteri?

Usah terlalu menunjuk teruja apabila UMNO kembali menerajui pimpinan negara.

Rejunivasi gaya politik sangat dituntut rakyat yang akan menilai setiap parti politik untuk diberikan kepercayaan kelak.

Jika pemikiran Ahli Parlimen UMNO masih berada di takuk lama seperti sebelum ini, keadaan agak sukar bagi UMNO meraih perhatian rakyat.



UMNO Perlu Calon Muka Baru

Lebih baik rakyat memilih dalam kalangan yang lebih muda dan bertenaga daripada  mengekalkan muka lama yang saban kali mengulangi sikap lapok bila tiba PRU?

Sepatutnya Ahli Parlimen UMNO belajar dari keruntuhan 2 kerajaan sebelum ini.

Bagaimana urusan pembahagian kuasa menjadi rebutan yang membawa kejatuhan kerajaan selain sikap menunjuk ahli politik yang menjadi kebencian rakyat.



Sebenarnya apa keperluan mereka mengikut PM dalam lawatan ke Kedah?

Jika mahu membantu, tidak ada keperluan bergambar bersama PM, cukup dengan menghulurkan bantuan sewajarnya kepada rakyat yang terjejas di kawasan bencana.

Kalau sudah sampai tahap ‘membuntuti’ ke mana sahaja PM pergi, apa lagi yang mahu dijelaskan kepada rakyat dan ahli UMNO yang lain?

Itu sahajakah kemampuan Ahli Parlimen UMNO untuk rakyat?



Amat memalukan sekiranya Ahli Parlimen UMNO tidak yakin dengan kemampuan PM memilih siapa diperlukan dalam pasukannya bagi mengemudi negara ke arah lebih baik di masa depan.

Langkah ‘Sumbang’ Di Kedah Perlu Diperbetulkan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button