Langkah ‘Sumbang’ Di Kedah Perlu Diperbetulkan

Kehadiran Perdana Menteri, YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob melawat kawasan bencana di Kedah sangat dinantikan oleh penduduk Darul Aman.

Rata-rata mereka menyifatkan kehadiran Ismail Sabri membawa mesej ‘Keluarga Malaysia’ dengan jelas.

Langkah pertama sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri berjaya menambat hati rakyat atas keprihatinan beliau terhadap keadaan mangsa bencana di Yan, Kedah.

Bagaimanapun terdapat insiden yang telah menimbulkan polemik dan perdebatan oleh netizen mengenai lawatan tersebut.

Teruja Kehadiran Perdana Menteri

Tidak dinafikan, keterujaan rakyat setempat apabila seorang Perdana Menteri turun ke kawasan mereka akan disambut dengan penuh kesyukuran. Begitu juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mahu meraikan kehadiran PM ke kawasan mereka.

Tetapi, apa keperluan papan tanda dalam skala agak besar untuk menyambut Perdana Menteri? Untuk apa papan tanda sebagai menyambut kehadiran PM di kawasan bencana?

Skeptikal masyarakat akan terus beranggapan atau memikirkan “PM nak sambutan begini”, sedangkan beliau sendiri tidak tahu kewujudan papan tanda tersebut.

Harga Papan Tanda Jadi Perdebatan

Sehinggalah harga pakej mendirikan papan tanda turut menjadi perbualan netizen dan ini bukan sesuatu yang baik untuk imej PM. Perkara sekecil ini pun diperhatikan rakyat dan netizen dalam keadaan negara sedang berdepan waktu sukar.

Turut menjadi perbahasan netizen, foto Ahli Parlimen bersama PM di dalam pesawat kerajaan yang ditularkan oleh seorang daripada Ahli Parlimen menerusi akaun Instagram.

Kerosakan Imej Telah Berlaku

Walau apa alasan atau perbandingan cuba dijadikan hujah mempertahankan foto foto tersebut, namun “damage has been done”.

Mungkin mereka (Ahli Parlimen) mahu membantu PM dalam lawatan tersebut, tetapi lebih baik mereka menumpukan kawasan Parlimen masing masing terlebih dahulu.

Ini bukan masa yang baik untuk bergambar beramai-ramai, apatah lagi dalam pesawat kerajaan yang tentunya ada kos melibatkan wang kerajaan.

Adalah lebih baik pegawai PM lebih peka di masa depan bagi mengelakkan imej Ismail Sabri terus menerima kecaman netizen di media sosial.

Berwaspada di masa hadapan dan pastikan rakyat selesa dan menerima konsep ‘Keluarga Malaysia’ serta kurangkan foto kontroversi yang mengundang spekulasi.

Azalina Letak Jawatan Timbalan Speaker

Leave a Reply