Perikatan Nasional Perlu Jelaskan Pendirian

.

 

PERIKATAN Nasional (PN) perlu perjelaskan pendirian mereka sama ada menyokong YAB Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob atau tidak sekiranya berlaku Undi Percaya dalam Dewan Rakyat kelak.



Perikatan Nasional terdiri daripada 31 kerusi PPBM, 18 (PAS), 4 (Bebas) dan.tiga parti masing-masing satu kerusi iaitu PBRS, PBS dan STAR menjadikan jumlah keseluruhan 56.kerusi. 

Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 40 kerusi pasti menyokong penuh Ismail Sabri diikuti 18 GPS bagi menyakinkan semua Ahli Parlimen.

Jaminan bahawa mereka (PN) tidak menarik sokongan kepada Ismail Sabri perlu segera diterjemahkan walaupun pimpinan mereka digugur dari senarai jemaah Menteri Kabinet yang akan diumumkan kelak.

Ini bagi mewujudkan suasana lebih harmoni dalam kalangan mereka yang menxokong dan mengangkat Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Ke-9 pada 20 Ogos 2021.



Jangan Sorong Papan , Tarik Papan

PN juga tidak perlu bermain ‘sorong papan, tarik papan’ untuk membuktikan mereka benar benar ikhlas dalam bekerjasama untuk membangunkan semula Malaysia dari masalah membebani semua sejak Pakatan Harapan memerintah.

Paling ketara, masalah ekonomi perlu  diperbetulkan jajarannya untuk menarik kembali pelabur. Mereka perlu diyakinkan kestabilan kerajaan memerintah ketika ini biar pun berbaki tidak sampai 21 bulan ini.

HERD IMMUNITY

Berdepan dengan pandemik COVID-19 juga merupakan satu cabaran besar bagi semua pihak bersama meningkatkan kesedaran rakyat.



Pemberian vaksin perlu diteruskan bagi mencapai ‘Herd Immunity’ yang disasarkan dicapai selewatnya Oktober ini.

Selain itu, PN juga wajib memastikan wqkil mereka turun padang untuk bersama Rakyat selaras dengan slogan ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan Ismail Sabri.

Jangan pula hanya meletakkan bebanan kepada UMNO/BN sahaja menyelesaikan masalah rakyat.

Siapa tahu dengan kerjasama erat ditunjuk, rakyat akan lebih mudah menerima kerjasama politik yang diuruskan secara lebih baik oleh semua parti politik.



Zahid Disorong Atas Katil Pesakit (Video)

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button