Yie Khie Bersedia Aksi Terbaik Untuk Emas Kedua
Kontinjen negara dijangka meraih pingat emas kedua pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila atlet powerlifting para negara, Jong Yee Khie beraksi dalam kategori 107 kilogram (kg) ke atas pada Isnin.
Ketua kontinjen negara, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, dia yakin Yee Khie mampu mengulangi prestasi cemerlang rakan sepasukan, Bonnie Gunyau Gustin, Sabtu lalu.
“Insya-ALLAH, esok (Isnin), seorang lagi atlet powerlifting kita, Jong Yee Khie akan bertanding dan saya jangkakan emas, kalau tidak pun pingat perak daripada dia.
“Biarpun Yee Khie tidak berada dalam senarai atlet yang disandarkan harapan untuk memenangi pingat pada temasya Paralimpik kali ini, namun saya yakin dia mampu mencipta kejutan.
“Saya juga sudah maklumkan kepada Jong Khie bahawa ini adalah penampilan ketiganya pada temasya paralimpik dan sudah semestinya dia boleh menggunakan segala pengalaman itu untuk mencatatkan kejayaan,” katanya yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MPM) kepada Sukan Sinar pada Ahad.
Pada Sabtu, atlet powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin menjadi atlet pertama menyumbang emas pertama negara pada temasya sukan para terbesar dunia berkenan.
Sementara itu, bagi jurulatih powerlifting para negara, Jamil Adam dia optimis Yee Khie akan melakukan yang terbaik dalam usaha mencatatkan kejayaan pada Isnin.
Bagaimanapun menurut Jamil Adam, pihaknya perlu melihat dahulu keupayaan atlet-atlet lain bagi khususnya perkembangan semasa mereka.
“Bagi saya, Yee Khie akan buat yang terbaik esok dan bagi kedudukan tu, kita tahu keupayaan saingan kita di sana. Namun pesaing kita adalah dari Mongolia dan Iran. Apa pun, kita saya tetap yakin Yee Khie mampu lakukan yang terbaik nanti,” katanya.
sinar