Masa Untuk Rakyat Kuasai Wakil Rakyat – Azalina

Azalina Othman Said
Dato Azalina Othman Said

 

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato Azalina Othman Said menegaskan telah tiba masanya Akta Pemecatan Ahli Parlimen (Recall Act) diperkenalkan.

Ini membolehkan pengundi menarik balik mandat (undi) kepada wakil rakyat yang membelakangi mereka (pengundi).



 

Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang berhasrat untuk menghantar suatu notis Usul kepada YDP Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk Rang Undang-undang (RUU) Ahli yang Bukan Ahli Kerajaan. Usul RUU yang dicadangkan bertajuk “𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 (𝐑𝐔𝐔) 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐂𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏”

 



 

𝘗𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘪𝘴𝘢𝘩 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢,
𝘋𝘦𝘮𝘰𝘬𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘬𝘢𝘵𝘢-𝘬𝘢𝘵𝘢,
𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘥𝘶 𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢,
𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘳𝘢𝘬𝘺𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘯𝘨𝘴𝘢𝘳𝘢.

Azalina Otman Said

Beliau turut berhasrat mencadangkan penubuhan “Kaukus Reformasi Parlimen dan Demokrasi Pelbagai Parti”.



Ini bertujuan memperkasakan institusi Parlimen Malaysia dan memartabatkan Demokrasi Berparlimen di negara ini.

Perkara ini perlu disambut baik semua ahli parlimen kerana mereka diberikan mandat oleh rakyat dan seharusnya mereka tidak mengkhianati kepercayaan pengundi.

 

Vaksin Covid Setiap Tahun, Siapa Tanggung Kos?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button