SIKAP TOLERANSI BUAT PELARIAN DAN PATI MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI ‘SYURGA DUNIA’ UNTUK BERMASTAUTIN SELAMANYA
Sampai Masa Kerajaan Bertegas Dalam Isu PATI Dan Pelarian UNHCR
Isu pelarian Rohingya banyak membuka mata rakyat Malaysia mengenai kebanjiran warga asing tanpa izin (PATI) terutama dari China. Pada awalnya mereka (PATI) masuk ke Malaysia sebagai pelancong namun banyak rekod tidak menunjukkan mereka keluar dari sini seperti sepatutnya. Kemanakah mereka ‘hilang’ dan dimanakah tempat mereka menyorokkan diri?
Operasi Back 4 GOOD (B4G) pada awal Januari 2020 menggemparkan Malaysia dengan penahanan 87 warga China tanpa dokumen perjalanan sah. Mereka dikatakan terlibat dengan sindiket penipuan atas talian melibatkan skim cyrpto selain skim forex dan juga perjudian online. Mungkin ada kalangan rakyat Malaysia yang mereka nampak sebagai ‘Bodoh’ dan senang ditipu maka skim ini mensasarkan rakyat Malaysia melalui pelaburan dan perjudian atas talian. Adakah anda juga salah seorang dari mereka yang dikategorikan sebagai ‘Bodoh’ hingga tertipu dengan modus operandi ini?
Pada akhir tahun 2019 negara juga dikejutkan dengan penahanan 680 individu warga China di Cyberjaya juga melibatkan skim pelaburan atas talian. Ini hanya sebahagian tangkapan melibatkan PATI warga China. Belum lagi kisah penglibatan warga China sebagai pekerja industri seks yang berwajah Rumah Urut, Spa yang berkembang dikawasan tertentu.
Persoalan timbul bagaimana mereka ini dapat meloloskan diri dan bermastatutin secara haram di Malaysia melebihi tempoh tanpa sebarang ketakutan. Adakah mereka dilindungi sindiket tertentu atau memang dijanjikan pendapatan lumayan untuk bekerja dari Malaysia? Lebih mengejutkan apabila ada pula warga China ini mempunyai MyKad dan Passport Malaysia. Dengan bayaran sebanyak Rm400,000, seorang bergelar ‘Datuk’ menguruskan urusan MyKad dan passpot Malaysia kepada warga asing berkenaan. Dengan bayaran tertentu kini PATI China boleh mempunyai MyKad dan tidak mustahil MyKad tersebut dimanipulasi untuk dijadikan pengundi bagi pihak tertentu untuk menjamin kemenangan.
Tidak mustahil perkara seperti ini boleh terjadi apabila merujuk kepada data pengundi SPR dan populasi kepadatan pengundi di satu-satu tempat. Mungkin selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid19 ditamatkan, pihak Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama semua agensi terbabit boleh membuat saringan dan mengenalpasti warga asing tanpa izin yang mendapat banyak manfaat dengan menyamar sebagai rakyat Malaysia sekaligus mengambil tindakan perlu. Suruhanjaya Pilihanraya juga perlu memainkan peranan kerana data setiap pengundi akan dikemaskini setiap suku tahun.
Bagi kes pelarian Rohingya pula, sudah sampai masanya kerajaan bertegas dengan UNHCR agar isu tersebut diselesaikan. Mengapa ada wakil dalam UNHCR mahu mendesak kerajaan agar menerima pelarian Rohingya sedangkan Malaysia tidak menandatangani Konvensyen atau Protokol melibatkan pelarian? Malaysia selama ini sudah menerima hampir 100,000 ke 200,000 (anggaran kasar) pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan. Mengapa UNHCR tidak berusaha membawa pelarian ini ke negara yang menandatangan Konvensyen dan Protokol Pelarian?UNHCR perlu didesak untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan bukan hanya melepaskan pelarian ke negara tertentu dengan memberi alasan kemanusiaan. Ibarat melepaskan ‘Tengkuk Sendiri’, UNHCR dilihat mahu memberi tekanan terhadap kerajaan Malaysia yang telah menghalang kemasukan kapal membawa pelarian yang lari dari Bangladesh tempohari. Rakyat Malaysia perlu bersama kerajaan bagi menentang sebarang usaha NGO Pro-Rohingya dan UNHCR daripada menekan kerajaan sekaligus menegaskan Malaysia bukanlah sebuah tempat ‘pembuangan’ pelarian.
Malaysia pula dilihat sebagai negara pilihan pelarian kerana kemakmuran dan sikap toleransi rakyat majmuk yang sangat tinggi. Mungkin atas sikap tersebut, Malaysia dianggap sebagai ‘Syurga’ bagi pelarian ini. Bagaimanapun sikap toleransi rakyat Malaysia ada batasnya. Sudah tiba masa pelarian ini termasuk PATI Warga China dan lain-lain dikembalikan ke tempat yang sepatutnya. Ini bagi memberi rasa lega dan selamat kepada rakyat Malaysia yang agak trauma dengan wabak Covid19 yang dikesan bermula dari Wuhan, China. Bebaskanlah Malaysia dari menjadi sarang Pelarian dan PATI selepas selesai ‘Perperangan Melawan Covid19’.