‘Pocket Rocketman’ Hargai Jasa Najib
Datuk Azizulhasni Awang atau dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ menghargai jasa bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak kepada dunia sukan.
Azizul menulis bagaimana Najib turun ke Melbourne selepas kejadian kakinya tertusuk kayu pada 2011 di Manchester.
Kehadiran Azizul berlatih di Australia turut mendapat perhatian Perdana Menteri Australia ketika itu, Julia Gillard yang menyifatkan Azizul sebagai simbol hubungan baik Malaysia-Australia.
Beliau yang berkesempatan bertemu Najib di pejabatnya semalam mengambil kesempatan menunjukkan pingat perak Olimpik Tokyo 2020 yang dimenanginya.
The Pocket Rocketman juga mengingatkan semua agar menjaga hubungan dengan orang yang pernah membantu dan berjasa kepada diri dan rakyat.
UMNO Masih Jadi Igauan Pihak Lawan