Yan Dijangka Alami Hujan Lebat, Ribut Petir

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran waspada berikutan jangkaan ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di daerah Yan sepanjang minggu ini.

Pengarah MetMalaysia Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz berkata, ribut petir dijangka berlaku pada sebelah pagi setiap hari di satu dua tempat di daerah itu bermula hari ini sehingga Khamis.

Menurutnya, hujan juga dijangka turun pada sebelah petang hari ini dan esok.

“Pada sebelah malam pula, hujan dijangka turun pada malam Isnin dan Rabu manakala ribut petir dijangka berlaku pada malam Selasa.

 



“Penduduk di sekitar daerah itu dinasihatkan supaya elakkan berada di lokasi bahaya yang boleh berlakunya tanah runtuh atau kepala air sekiranya berlaku hujan lebat atau ribut petir. Sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian kedua kepala air yang berlaku di kawasan Titi Hayun, Yan semalam yang menyebabkan arus deras selepas hujan lebat.

Dalam kejadian pertama pada 18 Ogos lalu, enam individu meninggal dunia manakala seorang terselamat selepas kepala air melanda kaki Gunung Jerai membabitkan Titi Hayun dan Batu Hampar pada 4.30 petang.

Kejadian itu turut menyebabkan beberapa kampung di daerah itu dan Merbok, Kuala Muda dilanda banjir lumpur.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker