Tidak Perlu Undi Percaya Kata Ismail Sabri
Menteri Undang-Undang, Dato Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu Seri Paduka Baginda Agong telah memaklumkan kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri bahawa beliau tidak perlu melalui proses undi percaya di parlimen.
Beliau berkata Ismail Sabri sendiri memberitahunya ketika mesyuarat kabinet yang pertama.
“Sebenarnya apabila Perdana Menteri mengadap Agong, beliau telah dimaklumkan perkara tersebut” – Wan Junaidi