Kembara Hebat JDT kini diikuti di Asia Tenggara
Kembara hebat yang dilalui Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam tempoh lapan tahun sehingga membolehkan mereka bergelar gergasi bola sepak tempatan.
Dokumentari JDT yang pernah menakluk Asia kini tidak hanya dapat diikuti peminat di Malaysia, malah di Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.
Dokumentari Fearless: Rise of the Southern Tigers yang mengisahkan bagaimana pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Bagaimana Baginda membawa transformasi kepada Harimau Selatan hingga muncul juara berturut-turut sejak 2014, selain menjulang Piala AFC 2015 akan disiarkan di saluran Discovery Asia malam ini.
“Saya gembira kini lebih banyak tempat di Asia dapat menonton kisah hebat mengenai Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim.
“(Dokumentari ini mengisahkan) bagaimana kami bekerja keras di belakang tabir bagi memastikan kejayaan di dalam dan luar padang,” kata Tunku Ismail.
Dokumentari itu menceritakan visi Tunku Ismail untuk Johor dan bola sepak khususnya, selain bagaimana beliau membuat perancangan teliti bagi mengembangkan kelab.
Ia turut memaparkan perbincangan dalam membuat keputusan untuk kelab dan penyokong selepas diambil alih Tunku Ismail pada 2013.
Ketua Bahagian Kandungan Asia Pasifik Discovery, Inc., Lynn Ng berkata, dokumentari JDT antara kisah tempatan yang mengagumkan.
“Discovery sentiasa melihat kepada kisah-kisah tempatan mengagumkan yang bergema di seluruh Asia Pasifik.
“Sebagai sukan paling popular Asia Tenggara, kebangkitan JDT kisah kejayaan yang diraikan semua. Kami teruja untuk membawakan siri ini kepada penonton,” katanya.
utusan