Lisa Black Pink Pilih Tarian Tiang

Anggota kumpulan Blackpink, Lisa, baru sahaja melancarkan single solonya yang berjudul Lalisa dan setakat semalam, video muziknya di platform You Tube telah meraih sebanyak 56 juta jumlah tontonan dan menjadi trending nombor satu di internet.

 





Bermula daripada lagu, pembikinan video muzik, visual serta pemilihan busana untuk single solo ini menyaksikan Lisa benar-benar komited untuk menonjolkan dirinya selepas sebelum ini mencipta nama bersama rakan seperjuangan, Jennie, Rose dan Jisoo.

Dalam satu temubual bersama media antarabangsa, Lisa telah ditanya mengenai babak yang paling disukainya sepanjang menjayakan video muzik Lalisa.
Mengaku sukar untuk membuat pilihan, bagaimanapun penyanyi berusia 25 tahun ini menyebut babak ketika dia beraksi tarian tiang.

“Kalau nak tahu, babak tersebut saya lakukan selepas cuma mempelajari tarian tiang itu dalam masa yang sangat singkat.

“Saya memang sangat-sangat gementar malah berpeluh juga semasa menjalani penggambaran video muzik itu.

“Tetapi saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Jadi kalau ditanya mengenai babak yang paling saya tak boleh lupa dan suka, itulah babaknya,”katanya.

Dalam pada itu, Lisa yang sebelum ini ada berkongsikan beberapa klip video ringkas sebelum melancarkan video muzik sebenar di internet.

Meski Lisa enggan membocorkan terlalu banyak babak dalam video muzik tersebut, dia bagaimanapun berkongsi mengenai bakat baru yang berjaya dicungkilnya itu.

“Sempat juga saya sertai enam sesi kelas tarian itu sebelum ke set penggambaran sebenar. Saya tak nafikan memang sangat gementar sebelum memulakan penggambaran disebabkan ia adalah kali pertama

“Setakat ini ramai juga yang suka dengan penghasilan video muzik Lalisa dan bagi saya,ia sesuatu yang bagus. Saya pun sukakannya,”katanya.

utusan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button