Pekerja Alam Flora nyaris ditimpa pokok

 

Tiga orang pekerja Alam Flora nyaris ditimpa sebatang pokok semasa mereka cuba memadamkan kebakaran di pangkal pokok.

Kejadian berlaku di Pantai Tanjung Sepat, Kuantan.



Dalam video berkenaan, terdengar suara salah seorang pekerja yang menegur perbuatan pengunjung pantai yang tidak bertanggungjawab membakar pangkal sebatang pokok.

Pekerja Alam Flora yang prihatin cuba memadam kebakaran tersebut dengan menggunakan air laut yang diceduk dengan beg plastik berikutan tiada bekas sesuai.

Semasa proses memadam kebakaran secara tiba-tiba pokok tersebut tumbang namun mereka bertiga sempat melarikan diri.



Orang ramai dinasihati agar lebih bertanggungjawab apabila berkelah di pantai dan sama-sama menjaga kebersihan.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading