Rishi Kapoor meninggal dunia

MUMBAI: Bintang legenda Bollywood, Rishi Kapoor meninggal dunia akibat barah di sini, pagi ini, pada usia 67 tahun.

Berita menyedihkan itu dikongsi teman seperjuangan, Amitabh Bachchan melalui ciapan Twitter, kira-kira sejam lalu.

Agensi melaporkan Rishi dimasukkan ke Hospital HN Reliance oleh keluarganya bagi menjalani rawatan, semalam.

Sebelum ini, Rishi pulang ke India, September lalu, selepas mendapat rawatan barah di Amerika Syarikat (AS) selama hampir setahun.



Februari lalu, Rishi dilaporkan dimasukkan ke hospital dua kali, berikutan masalah kesihatannya. Kali pertama, beliau dimasukkan ke sebuah hospital di Delhi selepas menghadiri perjumpaan keluarga.

Sekembali ke Mumbai, Rishi dimasukkan sekali lagi ke hospital selepas dikatakan mengalami demam teruk, lapor The News – International.

Sepanjang kariernya sejak awal 1970-an, Rishi membintangi banyak filem ‘box office’ antaranya, Bobby yang ditayangkan pada 1973, Rafoo Chakkar, Laila Majnu, Amar Akbar Anthony, Karz, Naseeb, Prem Rog dan Damini.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading