Perikatan Nasional rasuah calon PRN Melaka?
Pendedahan perbualan dalam aplikasi whatsapp seorang calon Perikatan Nasional mengejutkan kerana parti itu menawarkan sesuatu yang agak lumayan kepada calon mereka.
Individu yang dinyatakan memberi tawaran pula ialah Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Datuk Wira Rafiq Naizamohiddeen.
Perkara tersebut didedahkan sendiri calon PN bagi Dun N11 Sg Udang menerusi pengakuannya dalam perbualan di whatsapp Pemuda Umno.
Walau pada mulanya calon tersebut menyatakan menolak tawaran Rafiq, namun akhirnya beliau longlai dengan ‘ayat manis’ Pengerusi PN Melaka itu.
Calon kemudiannya menarik diri dan keluar dari kumpulan whatsapp serta meminta maaf atas tindakannya.
Persoalannya apakah yang ditawarkan Rafiq? Jika dalam bentuk kewangan berapakah jumlahnya?
Mungkin pihak SPRM berminat untuk meneliti pengakuan calon tersebut dan menyiasat tawaran Perikatan Nasional yang terpaksa ‘membeli’ calon bagi melengkapkan kuota calon mereka.
Menghairankan sekali jika tawaran berbentuk kewangan, dari mana datangnya sumber tersebut?
Jelas nampaknya berlaku tawaran berbentuk kewangan digunakan Perikatan Nasional dalam PRN Melaka.
Rakyat Melaka perlu sedar walaupun laungan Muhyiddin Yassin mahu menolak parti yang korup, secara tidak sedar atau sedar PPBM sendiri mengamalkan amalan rasuah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia wajar meneliti dan menyiasat calon serta Pengerusi Perikatan Nasional Melaka jika benar berlaku tawar menawar kepada calon kerana perbuatan tersebut menjurus ke arah RASUAH.