Kepala air: Kawasan perkelahan di Changlun dinaiki air

Ketua Zon 1 JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin melihat keadaan paras air yang meningkat di kawasan perkhemahan di Surau Batu Sungai Changlun.

Kepala air: Kawasan perkelahan di Changlun dinaiki air

CHANGLUN: Air deras yang mengalir akibat kepala air di kawasan rekreasi Bukit Wang, di Jitra, malam tadi, turut menyebabkan kawasan perkelahan di Surau Batu Sungai Changlun, di sini, dinaiki air.

Hasil tinjauan bersama pegawai bomba daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah malam tadi mendapati, paras air di kawasan perkelahan itu meningkat sehingga tiga meter (m) menyebabkan air memenuhi kawasan tebing sedalam 0.5 m.

Ketika kejadian, dua keluarga yang bermalam di kawasan perkhemahan itu yang terdiri daripada tujuh kanak-kanak dan empat dewasa terselamat apabila mereka berlari ke tempat selamat untuk berlindung.



Selain itu, ada tujuh individu lain yang terdiri daripada empat dewasa dan tiga kanak-kanak daripada satu keluarga juga berjaya menyelamatkan diri.

Terdahulu, mereka turut memuat naik kejadian itu melalui laman sosial Facebook untuk memaklumkan keadaan ketika kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.27 malam tadi.

Beliau berkata, operasi disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Kedah.



“Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan melalui Sistem MERS 999 untuk bantuan menyelamat mangsa terkandas di atas bukit berdekatan surau pusat peranginan akibat daripada kepala air .

Setibanya pasukan keluaran operasi di lokasi didapati terdapat 18 mangsa terkandas dan dilaporkan dalam keadaan selamat.

Katanya, komander operasi melaporkan kesemua mangsa berada di atas bukit di ketinggian hampir kira-kira dua kilometer dari jalan utama.

“Tindakan komander operasi adalah dengan menaiki bukit dengan menggunakan ATV milik penduduk kampung untuk mendapatkan mangsa dan mendapati mereka dalam keadaan selamat.



“Operasi tamat sepenuhnya pada 12.02 tengah malam,” katanya.

Sementara itu, Mohamadul Ehsan berkata, dua lelaki mempunyai hubungan sepupu berjaya diselamatkan dengan bantuan anggota bomba selepas terperangkap di kawasan air terjun Bukit Wang ketika kejadian kepala air.

Media semalam melaporkan, dalam kejadian itu, hujan lebat kira-kira jam 6 petang tadi menyebabkan berlaku kejadian kepala air di pusat peranginan di Bukit Wang, sekali gus turut mengakibatkan banjir kilat di rumah penduduk berhampiran.



 

Kepala air: Kawasan perkelahan di Changlun dinaiki air


Disyorkan Untuk Anda :





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading