Polis cari senjata pembunuhan dalam Sungai Klang

Polis cari senjata pembunuhan dalam Sungai Klang
Nik Ezanee Mohd Faisal bersama Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli meninjau lokasi suspek membuang tiga parang ke dalam Sungai Klang – Foto NSTP/Ruwaida Md Zain

Polis cari senjata pembunuhan dalam Sungai Klang

KLANG: Polis melancarkan operasi mencari tiga bilah parang di Sungai Klang yang dipercayai digunakan dalam kejadian seorang pemberi pinjaman wang ditetak mati ketika keluar dari sebuah restoran bersama anaknya di Bandar Bukit Tinggi pada Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, operasi mencari senjata terbabit dilakukan dengan bantuan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) di Sungai Klang.

“Hari ini kita meninjau di Sungai Klang di mana lokasi senjata menetak mangsa pada 6 November lalu yang dibuang oleh suspek.



“Kita percaya (tiga) parang ada di dalam sungai ini berdasarkan maklumat soal siasat suspek, jadi kita akan mengesan dengan bantuan penyelam UTK.

“Seorang suspek yang dibawa ke lokasi ini adalah suspek yang mempunyai maklumat lokasi parang dibuang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau lokasi suspek membuang senjata berkenaan di Jambatan Kota, Jalan Tengku Kelana di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli.




Disyorkan Untuk Anda :


Pada masa sama katanya, beliau percaya polis sudah berjaya menyelesaikan kes bunuh itu dengan penangkapan 16 suspek termasuk suspek utama.

“Malam tadi kita membuat tangkapan di beberapa lokasi di Lembah Klang seperti Sri Petaling serta beberapa lokasi di Johor seperti Ledang dan Muar.

“Seramai 10 ditangkap, lapan lelaki dua perempuan. Jumlah tangkapan setakat ini 16 orang, enam daripada suspek ada di lokasi kejadian ketika mangsa ditetak sehingga mati.

“Polis percaya, mereka adalah individu yang melakukannya. Suspek direman tujuh hari bermula hari ini,” katanya.



Beliau juga tidak menolak kemungkinan, kes tetak itu mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

“Selain itu, kita akan melihat aspek perundangan yang boleh diambil sama ada Akta Kesalahan dan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

“Pada masa sama, kita masih mencari empat individu lain seperti diwar-warkan semalam untuk membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki berumur 47 tahun maut ditetak selepas makan tengah hari bersama dua anaknya di sebuah restoran di Bandar Bukti Tinggi.



Polis cari senjata pembunuhan dalam Sungai Klang



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button