Lima rumah teres di Mantin musnah terbakar
Lima rumah teres di Mantin musnah terbakar
SEREMBAN: Lima unit rumah teres di kawasan perumahan rakyat Mantin dekat sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin Penolong Penguasa Bomba, Priscilla Carol Thomas, berkata seramai 13 anggota BBP Mantin dengan bantuan BBP Nilai bergegas ke lokasi berkenaan, selepas menerima panggilan mengenai insiden itu jam 11.44 pagi.
“Empat rumah hangus 100 peratus manakala sebuah rumah lagi hanya membabitkan kemusnahan 20 peratus sahaja yang mana setiap rumah berkeluasan 18×20 kaki persegi.
“Bagaimanapun ketika kejadian tiada mangsa dilaporkan cedera kerana tiga rumah berkenaan tidak berpenghuni, manakala dua keluarga yang tinggal di dua rumah berkenaan sempat melarikan diri,” katanya.
Beliau berkata kebakaran dapat dikawal sepenuhnya jam 12.50 tengah hari selain pihaknya masih menyiasat punca dan jumlah kerugian.
Lima rumah teres di Mantin musnah terbakar
Disyorkan Untuk Anda :
- “Fitnah terus jadi kempen pihak pembangkang” – Najib
- PN biadap, edar risalah di dalam perkarangan Masjid
- PRN MELAKA: FITNAH BAHARU CHEGU BARD KE ATAS NAJIB TERBONGKAR LAGI
Lawati Laman Facebook kami