Lima rumah teres di Mantin musnah terbakar

Lima rumah teres di Mantin musnah terbakar
Mangsa N Vijaya (kiri) tidak dapat menahan kesedihan sambil dipapah anaknya ketika memasuki ruang tamu rumahnya yang musnah teruk akibat kebakaran di Rumah Rakyat Mantin, hari ini.

Lima rumah teres di Mantin musnah terbakar

SEREMBAN: Lima unit rumah teres di kawasan perumahan rakyat Mantin dekat sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin Penolong Penguasa Bomba, Priscilla Carol Thomas, berkata seramai 13 anggota BBP Mantin dengan bantuan BBP Nilai bergegas ke lokasi berkenaan, selepas menerima panggilan mengenai insiden itu jam 11.44 pagi.

“Empat rumah hangus 100 peratus manakala sebuah rumah lagi hanya membabitkan kemusnahan 20 peratus sahaja yang mana setiap rumah berkeluasan 18×20 kaki persegi.



“Bagaimanapun ketika kejadian tiada mangsa dilaporkan cedera kerana tiga rumah berkenaan tidak berpenghuni, manakala dua keluarga yang tinggal di dua rumah berkenaan sempat melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal sepenuhnya jam 12.50 tengah hari selain pihaknya masih menyiasat punca dan jumlah kerugian.

Lima rumah teres di Mantin musnah terbakar


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker