VIDEO – “TERIMAKASIH DATO NORAINI DAN DATO ISMAIL SABRI, KAMI BOLEH PULANG KE PANGKUAN KELUARGA” – MAHASISWA HARGAI USAHA KERAJAAN

Mahasiswa Hargai Usaha MKN Dan KPT Bolehkan Mereka Pulang Ke Pangkuan Keluarga

Mahasiswa UiTM Kampus Raub mula meninggalkan kolej selepas lebih 40 hari Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020. Bagaimanapun mereka yang akan pulang ke zon hijau sahaja dibenarkan untuk pulang dan jadual kepulangan tertakluk pada keadaan semasa berikutan penularan wabak Covid19.

[KGVID]https://www.my-tv.online/wp-content/uploads/2020/05/VID-20200501-WA0021.mp4[/KGVID]

Mahasiswa sempat merakamkan ucapan terimakasih kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato Noraini Ahmad dan Menteri Pertahanan Dato Seri Ismail Sabri kerana berusaha untuk membolehkan mereka pulang ke laman dan bertemu keluarga masing-masing.



Mahasiswa UiTM mula bergerak secara berjadual pada jam 10.00 malam 30 April 2020 dengan pemantauan pihak bertanggungjawab bagi memastikan semua SOP dipatuhi. Bagi mereka yang destinasi pulang masih dalam zon merah, jadual pelepasan hanya akan diberikan selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan bagi mengelakkan pelajar dijangkiti Covid19.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button