NYNAA HARIZAL FAILKAN CERAI, NAFI DIRI DICULIK
NYNAA HARIZAL FAILKAN CERAI, NAFI DIRI DICULIK – “DOA SAYA AGAR SUAMI LEPASKAN SAYA…”
“Setelah berfikir dengan penuh mendalam akan segala fakta dan faktor yang melatari keadaan ini, saya melalui peguam Datuk Ikbal Salam memfailkan permohonan perceraian dengan talaq atau dengan perintah pada 10 November lalu. Suami tidak hadir (prosiding sebutan) dan hanya diwakili oleh peguamnya saja.
“Doa saya agar suami akan dapat melepaskan saya dari ikatan perkahwinan ini dengan baik tanpa perlu saya meneruskan dengan proses perundangan yang lain. Sementara proses mahkamah berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, saya membuka ruang untuk perbincangan dengan suami dan telah dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada Jumaat lalu.
“Selama ini saya memilih untuk tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap semua berita demi menjaga hati dan perasaan semua pihak yang terlibat dan tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan yang akhirnya memburukkan lagi keadaan.
“Sejak 2 November 2021, pada setiap masa saya berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di rumah,” demikianlah kata pelakon Nynaa Harizal yang tampil menjelaskan situasi sebenar berlaku dalam rumah tangga dimana sebelum ini hangat diperkatakan selepas suami, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas mendakwa isterinya itu dilarikan oleh ibu bapa mentua.
Nynaa bagaimanapun menafikan dakwaan diculik oleh kedua ibu-bapanya, namun sebaliknya berkata dia berada dalam keadaan selamat dibawah jagaan keluarganya sejak 2 November lalu.
Pelakon itu juga turut memaklumkan dia telah memfailkan cerai kepada suaminya pada 10 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru. Difahamkan, Nynaa hadir bersama peguamnya bagi sebutan kes, pagi tadi. Bagaimanapun, prosiding hari ini berlangsung tanpa kehadiran suami.
Enggan mengulas lebih lanjut mengenai punca perpisahan itu, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, bagaimanapun berharap suaminya terbuka hati untuk melepaskannya secara baik.
Terdahulu, pada 11 November, suaminya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa Harizal didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.
Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.
NYNAA HARIZAL FAILKAN CERAI, NAFI DIRI DICULIK – “DOA SAYA AGAR SUAMI LEPASKAN SAYA…”
Disyorkan Untuk Anda :
- “Fitnah terus jadi kempen pihak pembangkang” – Najib
- Timbalan Pengerusi Giat Mara kantoi memfitnah
- UMNO tidak lemah – Tok Mat Hasan
- EKSKLUSIF!!! Pemilik gerai kesal Kelab Che Det memfitnah kehadiran Najib
Lawati Laman Facebook kami