SPRM tidak berani ‘angkut’ Zeti?
Pendedahan demi pendedahan mengenai penglibatan bekas Gabenor Bank Negara dan keluarga dibongkarkan namun pihak SPRM tidak berani ‘angkut’ Zeti?
Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim telah membuat pendedahan penglibatan keluarga Zeti dalam isu 1MDB dalam Parlimen.
Namun setakat ini pihak SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Terbaru apabila Tan Sri Shafee Abdullah mendedahkan pihak peguam Najib menemui bukti baru dalam kes SRC, pihak SPRM tidak langsung ‘membuka mulut’.
Adakah ada individu dalam agensi tersebut turut memainkan peranan dalam kes itu bagi melindungi dalang di belakang tabir?
Agak pelik apabila Tommy Thomas mendakwa kertas siasatan telah dibuka oleh SPRM namun masih tiada tindakan diambil. Mengapa boleh berlaku begini?
Adakah SPRM masih kekurangan bukti bagi mendakwa Zeti bersama dalang-dalang lain dalam siri konspirasi politik tinggi?
Atau memang disengajakan melengah-lengahkan tindakan terhadap Zeti dan keluarga serta pihak konspirator?
Rakyat memerhati dengan teliti perkembangan dan meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap intergriti agensi berkenaan.
Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan apabila tindakan berpilih dilakukan terhadap individu tertentu manakala tiada tindakan diambil terhadap yang sepatutnya.
Sampai bila rakyat perlu menanti lagi?
Bukti baru, Tommy Thomas buat silap dakwa Najib?