Gunung berapi Tonga meletus lagi

 

Satu lagi letusan besar dikesan pada gunung berapi Tonga, kata stesen pemantauan berpangkalan di Darwin, Australia hari ini, dua hari selepas letusan gergasi mencetuskan ombak tsunami di rantau Pasifik.

Letusan terbaharu itu dikesan pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) tadi, demikian menurut amaran Pusat Nasihat Abu Vulkanik Darwin. Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan bahawa pihaknya turut mengesan ombak besar di kawasan itu.

“Ini mungkin disebabkan oleh satu lagi letusan gunung berapi Tonga. Tiada gempa bumi kuat yang berlaku dan boleh menghasilkan ombak ini,” katanya.

Letusan gergasi gunung berapi bawah laut di Tonga dua hari lalu sungguh kuat sehinggakan ia dapat dikesan di seluruh dunia dan mencetuskan tsunami yang melanda pantai di rantau Pasifik dari Jepun hingga ke Amerika Syarikat. – AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading