Mohd Puad Zarkashi berdepan saingan empat penjuru di Rengit
BATU PAHAT: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berhadapan persaingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.
Mohd Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat menerima persaingan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Khairuddin A Rahim yang juga penyandang DUN Senggarang pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sebelum ini.
Turut bertanding di DUN Rengit, calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Huzair Lajis dan calon daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir.