Kluster mahkamah: Parti lawan tiada modal lain – Tok Mat

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan kluster mahkamah sengaja dijadikan sebagai isu oleh parti lawan dalam usaha mereka untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Menurut Mohamad, pembangkang kehabisan modal sehingga terdesak memainkan isu tersebut dan beliau yakin peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi PRN Johor tidak akan terjejas disebabkan sentimen tersebut.

“Saya tidak yakin kluster mahkamah akan menjadi masalah dalam PRN Johor, bagi saya (parti lawan) tidak ada modal lain untuk mempengaruhi rakyat, itu sahaja lagu yang enak didengar maka mereka nyanyikan beramai-ramai.

“Kalaupun kita menang di Johor, apa kena-mengena dengan kluster mahkamah… (kita) menang besar di Melaka, Najib kena juga. Zahid pun kena membela diri.



“Ramai orang kata bila UMNO menang, semua pertuduhan itu akan digugurkan… sebab apa dia (parti lawan) buat macam itu sebab itu sahaja modal dia,” katanya pada sidang media selepas bertemu jentera BN di Machap, Johor.

Majlis itu turut dihadiri calon BN DUN Machap, Datuk Onn Hafiz serta Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah. – My=TV Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button