200,000 rakyat Johor di Singapura layak mengundi secara pos

JOHOR BAHRU: Dianggarkan hampir 200,000 rakyat Johor yang menetap di Singapura layak mengundi secara pos pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, angka itu diperoleh daripada jumlah pendaftaran di aplikasi ImmuPlan.

Beliau berkata, ia merupakan platform vaksinasi kerajaan negeri yang melaksanakan semua jenis program dan inisiatif membabitkan pembekalan vaksin.



Beliau berkata, daripada 300,000 pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura, dianggarkan hampir 200,000 daripada adalah rakyat Johor yang layak mengundi pada PRN kali ini.

“Saya percaya kaedah undi pos merupakan pilihan terbaik buat masa ini.

“Ia berikutan kuota Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) yang dilaksanakan di sempadan Malaysia – Singapura sehingga kini adalah terhad.

“Ketika Johor sudah mendapatkan tarikh mengadakan PRN Johor, kita memohon supaya undi pos dibenarkan kepada pekerja Malaysia yang berada di Singapura itu susulan mereka tidak dibenarkan membuang undi di kedutaan Malaysia di Singapura.



“Oleh kerana sekatan rentas negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya membenarkan permohonan kita bagi membuat undi pos walaupun sebelumnya ia tidak dibenarkan,” katanya.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading